Khamis, 26 Disember 2013

Manisnya Dugaan

Assalamualaikum.

Hati rasa rindu untuk berkayuh.  Berkayuh bersama sahabat yang lain pergi tuisyen.  Hati farah rindu nak makan keropok lekor dengan aiskrim masa darjah 6 dulu.  Ya Allah, rindunya kenangan sewaktu kanak-kanak.  Rindunya hati ini nak main bola baling/ bola jaring dengan sahabat sekolah rendah.  Lepas habis UPSR, farah masuk Sek.Men.Keb. Kulim dua minggu saja.  Kemudian, farah masuk Sek.Men.Keb. Sultan Badlishah.  Farah dok hostel masa farah berusia 13 tahun lagi.  Di asrama itulah terlalu banyak kenangan manis.  Di situlah farah banyak belajar banyak perkara.  Bagaimana nak berdikari.  Bagaimana untuk latihkan diri untuk disiplin dan banyak lagi.  Dan paling terindah bagaimana farah belajar erti persahabatan.  Rindunya nak sembang dengan adik-adik dorm.  Rindunya nak study, nak makan, nak mandi dan semuanya bersama sahabat-sahabat dulu. Rindu.  Masa itu rasa seronok saja.  Tapi kehidupan akan terus kehadapan. Yang berlalu, tetap berlalu.  Simpan dalam hati kemas-kemas sebagai kenangan terindah.


Dugaan.  Bila kita lalui sesuatu dugaan barulah dinamakan erti sebuah kehidupan.  Bila usia kita semakin meningkat, masa itulah kita akan melalui pelbagai dugaan.  Kadang kala dugaan itu membuatkan kita jatuh. Dugaan jugalah membuatkan kita terus bangun.  Dugaan itu juga mengajar kita erti kematangan diri sendiri. Namun, dugaan itu jugalah mengajar kita erti satu perubahan.  Ya.  Satu perubahan.  Didiklah hati kita untuk kuat melalui sesuatu dugaan yang Allah S.W.T berikan kepada kita.


Setiap orang dugaannya tak sama.  Tak akan pernah sama.  Apa yang farah lalui.  Apa yang farah tempuhi.  Apa yang farah rasa tak ada siapa yang tahu bagaimana rasanya.  Walaupun, kadang-kadang kita sering kali meluahkan sesuatu perkara apabila sukar dipendamkan.  Tapi pendengar yang mendengar setiap luahan hati kita tak akan rasa apa yang kita rasa.  Mungkin mereka akan rasa sedikit daripada apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar.  Namun, setiap kata-kata nasihat dan semangat orang yang selalu ada untuk kita, perlulah kita ambil dan terima sebagai semangat untuk kita.  Ya Allah, manis sungguh dugaan/ ujian yang Allah aturkan untuk kita tak pernah sama dengan siapa pun.


Setiap kali diri kita dihimpit dengan pelbagai dugaan, ada masanya kita akan jatuh.  Ya, farah akui, sampai tahap farah dah tak kuat untuk lalui farah akan menangis.  Hihihi.  Tapi bila farah dah rasa penat nak menangis terfikir pula, " eh farah, dugaan hang baru macam ni.  orang lain Allah bagi dugaan/ ujian lagi berat dari hang.  depa kuat ja nak lalui".  Itulah ayat yang farah sering kali pesan pada diri farah untuk terus kuat.  Macam lawak ja tapi itulah hakikatnya.  Alhamdulillah, farah dah tak menangis sangat untuk tahun nie.  Mungkin ada yang selalu memberi kata-kata semangat untuk farah. Terima kasih.

Wahai sekeping hati, tabahlah untuk menerima segala dugaan/ ujian yang Allah S.W.T berikan.  Percayalah, setiap dugaan/ ujian yang Allah berikan mengikut kemampuan kita untuk lalui.  Mungkin masa yang tepat belum tiba.  Tapi bersabarlah.  Tersenyumlah meskipun pelbagai dugaan/ ujian yang mendatang.  Berdoalah pada Allah.  Jangan mintak dugaan kita berakhir dengan cepat tapi mintaklah sekeping hati yang kuat untuk kita melalui dugaan tersebut.


p/s : Alhamdulillah. Ya Allah, terima kasih kirimkan aku rasa bahagia.  :)

Ahad, 15 Disember 2013

Hanya Secebis Coretan

Assalamualaikum.


Perubahan.  Bila kita sebut perkataan "perubahan" tu bunyi macam senang ja.  Tak perlu nak praktis banyak kali nak sebut perkataan itu.  Tapi untuk kita lalui sesuatu perubahan, tak kisahlah perubahan apa sekali pun.  Perubahan dalam diri mahupun perubahan dalam kehidupan.  Mampukah kita untuk lakukan sesuatu perubahan?

Pernah tak kita rasa dalam diri kita ingin berubah?  Berubah ke arah yang lebih baik.  Maksud farah, kita rasa ingin perbaiki diri kita.  Kalau pernah, alhamdulillah.  Bersyukurlah sebab tak semua orang akan rasa.  Itu bermakna Allah sayangkan kita.  Allah jentik hati kita untuk sedar.  Sedar apa yang kita lakukan sebelum ni ada salah dan betul.  Allah nak kita perbaiki semula diri kita.  Allah nak kita dekat dengan-NYA.  Percayalah.

Begitu juga untuk berubah.  Farah tahu, untuk berubah itu bukan sesuatu yang mudah.  Farah dah lalui dan sampai sekarang farah masih lagi mencuba memperbaiki diri.  " Kalau kita berani meninggalkan masa lalu kita.  Maka kita perlu berani untuk menempuh masa hadapan kita".  Ayat ni farah selalu bisik pada hati farah, pesan pada hati farah ketika farah hampir jatuh.  Ketika farah mula rasa sedih.  Bukan setakat itu saja, farah akan tulis ayat ni dalam satu kertas kecil dan lekat di tempat yang farah selalu tengok.  Kalau hari-hari kita baca, InsyaAllah kita mampu.  Yakinlah, Allah sentiasa bantu kita.

Dan ketika itu jugalah, kita perlu tinggalkan semuanya.  Mungkin kita rasa sesuatu itu adalah yang terbaik untuk kita.  Tetapi Allah pisahkan juga.  Sebab apa?  Sebab Allah sayangkan kita.  Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.  Farah dah pernah lalui.  Farah akui begitu susah untuk lakukannya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.  Mungkin pada awalnya kita tidak nampak apa hikmahnya disebalik semua dugaan yang kita lalui. Tapi percayalah suatu hari nanti kita akan duduk lantas terfikir dan tersenyum.  Cepat atau lambat saja.  Tersenyumlah wahai hati.

Pernah dengar ayat ni kan?  " Kenapa Allah mengambil sesuatu apa yang ada dalam genggamanmu?  Kerana DIA sebenarnya membuka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik".  " Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu.  Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut.  Tetapi kerana Allah tahu kita berhak lebih baik daripada itu".  Ketika itu jangan terlalu menangis, takut nanti kita susah untuk terima dengan ikhlas dan redha atas takdir yang Allah aturkan yang terbaik untuk kita. Berdoalah.  Dan bersabarlah.



" Kalau benda baik kenapa nak tangguhkan?  Percepatkan.  InsyaAllah, Allah bantu.  Jangan takut.  Allah sentiasa ada".  Ayat nie farah selalu peringatkan pada diri sendiri.  Sampai sekarang.  Terlalu banyak ayat kata-kata semangat yang farah pesan untuk diri sendiri.  Untuk berikan semangat pada diri sendiri juga.  :)

Perubahan.  Tak semua orang suka akan perubahan kita.  Buat baik dikatakan tunjuk baik.  Bila buat jahat, lagi dikatakan jahat.  Mulut manusia kita tak boleh tutup.  Kalau kita tutup masih lagi berbunyi.  Benda yang baik kita ambil sebagai peringatan.  Benda yang tak elok kita abaikan.  Farah akui kadang-kadang ayat orang sekelilingi kita boleh buat kita terasa.  Boleh buat kita sedih.  Boleh buat kita jatuh.  Kadang-kadang kita boleh ambik masa yang lama juga untuk pujuk hati kita, biasalah hati manusia.  Farah pesan pada hati farah, " Tak apa.  Biarlah mereka nak kata apa pun.  Kita tak tahu nawaitu mereka.  Kenapa mereka kata macam tu.  Dan mereka juga tak tahu nawaitu kita.  Jadi bersangka baiklah dengan semuanya.  Yang penting Allah S.W.T  tahu nawaitu kita".

Dan paling penting, nak berubah bukan boleh lakukan seorang diri.  Jadikan keluarga itu semangat kita.  Dan sahabat.  Sahabat yang sentiasa ada dengan kita tak kira susah atau senang, sahabat yang tahu kita bagaimana, sahabat yang betul-betul kenal kita.  Bukan mudah untuk mencari sahabat.  Alhamdulillah, Allah masih lagi berikan farah sahabat seperti itu.  Buat sahabat farah, terima kasih sebab sentiasa ada untuk farah.  Tak kira farah sedang ketawa mahupun menangis.  Sahabat yang sentiasa ada bila farah perlukan nasihat dan kata-kata semangat.  Sahabat yang selalu menyokong farah.  Semoga Allah memberikan kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat buat sahabat farah.  Amin.  Doakan farah juga sahabat.




P/S :  Andai coretan farah yang di atas ni ada buat hati sesiapa yang terasa, maafkan farah.  Tak dak niat untuk farah menyinggung perasaan sesiapa.  Farah hanya ingin kongsikan apa yang farah lalui.  Dan apa yang farah rasa.  Assalamualaikum.




Selasa, 19 November 2013

: Bersama Cinta Hati Farah :

Assalamualaikum.

Heee cerita dah lama tapi baru nak update.  Baru nie 13 - 16/11/2013  farah pergi langkawi dengan family.  Tapi ayah ja x da sebab ayah x dapat cuti.  Sebenarnya kalau diikutkan semua boleh pergi tapi masalahnya time yang plan tu ada PRU.  Aisshhh  geram pon ada.  Semua cuti polis dibekukan jadi tak boleh la pergi time tu.  So pergi kali nie ayah x dapat cuti.  Farah tahu tempat ayah teringin p pulau langkawi la.  Tak pa nanty farah dah keja farah bawa datang sini pula.  Hihihi.  Kalau diikutkan farah jatuh hati lagi dengan Cameron Highland.  :)   Kat langkawi nie farah dok dekat Condo Sri Idaman dekat dengan Taman Langkawi.  Besar, cantik dan semua kemudahan lengkap.  Tengah-tengah condo tu ada swimming pool, jadi boleh la gi berenang.  Hihi. 



Hari pertama pergi dataran helang ja sebab masing-masing kepenatan.  Farah tak penat tapi orang lain la penat.  Hihihi.



Hari kedua pergi Cable Car, Telaga Tujuh, Idaman Suri dan Kompleks Haji Ismail Group.  Masa nak beli tiket dekat cable car, Ya Allah panjangnya barisan.  Sabar je la.  Farah tengok memang banyak berubah kat kawasan tu.  Sekarang macam-macam ada dah.  Telaga tujuh pula kita kena naik tangga sebanyak 271 anak tangga.  Nak dijadikan cerita,  farah dah naik sampai anak tangga ke 200 dengan pakai skirt bagai alih-alih farah rasa sakit perut.  Dah la toilet 100 anak tangga ke bawah.  Terus farah lari turun balik.  Sampai ja kat toilet tu terus farah muntah.  Ha itu la, dah taw x berapa nak sihat gagah juga farah nak naik.  Mujur farah tak pengsan tergolek.  Kikiki.  Dekat Idaman suri pula ada pinggan, mangkuk, periuk dan segala bagai la.  Paling murah di sini la.  Farah memang jatuh hati gila dengan satu set tu.  Sampai sekarang masih dok ingat.  Farah suruh mak beli set tu.  Mak cakap " set tu nanty hang dah kawen ha boleh la beli untuk rumah sendiri pula".  Ngerrrkkk bila tahun entah la nak kawen.  Hahaha.  Tapi bila dah balik sini mak cakap " menyesal pula x ambik set yang farah tunjuk tu".  Ha.  Kan dah cakap.  Tak pe nanti farah gi beli.  Hihihi.


Hari ke 3, pergi ke Under Water World, Pantai Cenang, Makam Mahsuri dan Haji Ismail Group lagi.  Under water world rasanya dah tahu kot ada apa.  Tapi bagi farah kat KL lagi terbaik kot.  Itu pandangan farah la.  Before pergi pantai cenang, singgah di pantai masa sem 2 farah pergi.  Tetiba teringat kenangan dengan kawan-kawan dok buat poco-poco dulu  :') .  Makam mahsuri nie farah memang teringin pergi sebab farah nak tengok makan dya.  Alhamdulillah akhirnya dapat juga farah tengok.  Dalam banyak-banyak kawasan dekat makam mahsuri, farah jatuh hati dekat buaian tu.  Suasana dia cantik.  Hehehe.  Oke dekat Haji Ismail Group, kalau siapa yang pergi langkawi kalau x tahu dengan nama nie memang pelik la farah rasa.  Sebab nama kedai nie memang sikit punya popular jual coklat dengan harga murah berbanding yang lain.  Farah dengan mak beli coklat saja hampir rm300.  Hihi ye la nanti bahagi sana sikit.  Sini sikit.  :)



Isnin, 18 November 2013

: Si Cilik :


Assalamualaikum.

Muhammad Harith Syahmi.
Si kecik nie ikut juga.  Kalau mai tang mood dya elok.
Ha.  Elok la gambar.  Tapi mai dya x mau bergambar.
Jangan sapa pon suruh.  Hihihi.











p/s :  Dah besar pon anak menakan farah yang seorang nie.
         Semoga menjadi anak yang soleh untuk ayah dan umi syahmi ye.
         Amin.  InsyaAllah.  :)

Selasa, 24 September 2013

: Hari Konvo :

Assalamualaikum. 

Fuhh.  Dah berhabuk blog farah.  Farah sibuk sikit.  Bulan nie macam-macam hal perlu diselesaikan.  Dan hal yang terakhir iaitu hari nie.  Hari konvo.  Alhamdulillah akhirnya semua berjalan dengan lancar.  Buat ayah dan emak yang tersayang, terima kasih atas doa yang diberikan.  Even lambat konvo tapi farah gagahkan diri juga untuk menghadiri konvo kali nie.  Ayah selalu tnya farah, " adik nie habis belajar belum?  X konvo pon. "  See.  Ayah farah memang banyak kali tanya farah.  Mungkin ayah farah confius dengan anaknya sama ada dah habis study ke belum.  Hihihi.  Terima kasih Ya Allah.  3 tahun dalam bidang kejuruteraan awam begitu mencabar bagi farah.  Satu kenangan yang tak pernah dilupakan.  Terima kasih juga kepada seseorang yang hadiahkan farah bunga.  Semoga kamu dimurahkan rezeki.  Amin.  Oke la jom tengok !

 Keluarga tersayang.  :)

Bebudak satu kelas.  Dari kiri tie kelantan, anis, nisak, nadia dan farah.

Nie pula jalilah.  Tapi farah panggil jj.  Kelas yang sama juga.  :)

Sekarang baju jubah dah hilang.  Panas kot.  Hihi.  Nie pula geng budak lelaki kelas farah.  Bergambar di jabatan sendiri.  Mungkin kali terakhir berada di jabatan nie.  3 tahun berlari masuk kelas di sini.  Rindu.  :')   Dari kiri : imran, asyraf (acab), nadia, farah, afiq.


Sebelum balik.  Terjumpa masz.  Terus snap gambar.  Hihihi.

 Kepada :  Nur Syazana Nadia Binti Shapie.
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi farah dari orentasi kita mula berkenalan.  Susah senang.  Menangis farah, nadia sentiasa ada.  Terima kasih hadiah dalam kotak comel tue.  Ya Allah kami suka sangat-sangat.  Terharu bila membaca kad nadia.  Teresak-esak menangis.  T__T    InsyaAllah, gadis yang bernama Nur Farahin Binti Sulaiman akan berusaha menjadi gadis yang kuat seperti dulu.  Doakan farah untuk tabah.  :')  To my dear frenz, I love you.  Semoga bersahabat until jannah.  InsyaAllah.  Amin.


Rabu, 21 Ogos 2013

: Alhamdulillah, bersua kembali :

Assalamualaikum

Baru-baru nie,  kawan sekolah rendah kawen. :)  Selamat pengantin baru Zulaiha.  Semoga bahagia dengan encik suami.  Amin.  Farah nak cerita sedikit perjalanan hari tu.  Hihihi.  Start last kelas time darjah 6 memang farah x pernah jumpa kawan-kawan sekolah lama.  Walaupun farah dok sekolah badlishah kat kulim tu tapi bila balik rumah farah x kuar rumah.  Dari form 1 sampai form 5 dok hostel.  :)  Sajidah tudung oren, haaaa idah memang farah dok jumpa.  Sebab sekolah menengah sekali dan kadang-kadang raya dok jumpa.  Hihihi.  Zulaiha pon tak jumpa.  Terjumpa pon tak sempat nak tegur hari tu.  Dan amanina pula study kat Mesir.  Jadi memang sah payah nak jumpa.  Tapi time kenduri zulaiha tue, farah cuba tnya amanina " Assalamualaikum.  Aman masih kat malaysia ka? "  Bermula dari situ farah plan nak jumpa.  Even last minute plan tapi alhamdulillah jumpa juga.  Terima kasih Ya Allah.  Kawan-kawan masih sama macam dulu cuma makin cantik sekarang.  Rindu kenangan kecik-kecik tapi ada yang tak ingat.  Hihihi.

dari kiri :  idah, zulaiha, farah, aman
dari kiri : mimi, farah, aman, idah

Oke dah tutup cerita tue, sekarang cerita baru pula.  Semalam farah tanya mak " mak boleh tak nak besok nak kuar ngan kawan sekolah rendah dulu.  Lama tak jumpa.  Tapi mak tolong jaga syahmi besok na.  Boleh dak? "  Dapat green light terus date.  Hihihi.  21 Ogos 2013,  akhirnya bersua juga.  Yang paling semangat nak tengok wayang si idah nie.  Cita hantu.  Tak takot sangat cuma terkejut ja bagi farah.  Sempat juga farah terkejut dalam wayang tu " oh mak hang".  Hihihi.  Lawak.  Seronok bila dah lama tak jumpa.  Dengar kisah kawan-kawan study.  Lawak masih sama macam dulu.  Terima kasih kalian untuk hari ini.  Even jarang jumpa tapi semoga persahabatan terus terjalin.  Amin.  Semoga jumpa lagi.  Kata amanina " Nanti jumpa sekali lagi bawa anak dah pa".  Maksudnya lepas nie giliran siapa pula budak2 SKDHZ (darjah 6 tahun 2003 ).

dalam kereta  :)
dari kiri : amanina, farhan, idah
ikut ketinggian  :)
dari kiri : amanina, farhan, farah.
even farhan nie dok dekat ngan rumah farah tapi tak pernah terjumpa.
krikkk..  krikkkk..  kriikkkkk.
pantang nampak camera.  Aisshhh.  Hihihi.

p/s:  Terima kasih Ya Allah.
Terima kasih atas pertemuan yang Engkau berikan.
Sungguh terindah.  :')
Bila pula nak jumpa kawan lama ramai-ramai?