Khamis, 26 Disember 2013

Manisnya Dugaan

Assalamualaikum.

Hati rasa rindu untuk berkayuh.  Berkayuh bersama sahabat yang lain pergi tuisyen.  Hati farah rindu nak makan keropok lekor dengan aiskrim masa darjah 6 dulu.  Ya Allah, rindunya kenangan sewaktu kanak-kanak.  Rindunya hati ini nak main bola baling/ bola jaring dengan sahabat sekolah rendah.  Lepas habis UPSR, farah masuk Sek.Men.Keb. Kulim dua minggu saja.  Kemudian, farah masuk Sek.Men.Keb. Sultan Badlishah.  Farah dok hostel masa farah berusia 13 tahun lagi.  Di asrama itulah terlalu banyak kenangan manis.  Di situlah farah banyak belajar banyak perkara.  Bagaimana nak berdikari.  Bagaimana untuk latihkan diri untuk disiplin dan banyak lagi.  Dan paling terindah bagaimana farah belajar erti persahabatan.  Rindunya nak sembang dengan adik-adik dorm.  Rindunya nak study, nak makan, nak mandi dan semuanya bersama sahabat-sahabat dulu. Rindu.  Masa itu rasa seronok saja.  Tapi kehidupan akan terus kehadapan. Yang berlalu, tetap berlalu.  Simpan dalam hati kemas-kemas sebagai kenangan terindah.


Dugaan.  Bila kita lalui sesuatu dugaan barulah dinamakan erti sebuah kehidupan.  Bila usia kita semakin meningkat, masa itulah kita akan melalui pelbagai dugaan.  Kadang kala dugaan itu membuatkan kita jatuh. Dugaan jugalah membuatkan kita terus bangun.  Dugaan itu juga mengajar kita erti kematangan diri sendiri. Namun, dugaan itu jugalah mengajar kita erti satu perubahan.  Ya.  Satu perubahan.  Didiklah hati kita untuk kuat melalui sesuatu dugaan yang Allah S.W.T berikan kepada kita.


Setiap orang dugaannya tak sama.  Tak akan pernah sama.  Apa yang farah lalui.  Apa yang farah tempuhi.  Apa yang farah rasa tak ada siapa yang tahu bagaimana rasanya.  Walaupun, kadang-kadang kita sering kali meluahkan sesuatu perkara apabila sukar dipendamkan.  Tapi pendengar yang mendengar setiap luahan hati kita tak akan rasa apa yang kita rasa.  Mungkin mereka akan rasa sedikit daripada apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar.  Namun, setiap kata-kata nasihat dan semangat orang yang selalu ada untuk kita, perlulah kita ambil dan terima sebagai semangat untuk kita.  Ya Allah, manis sungguh dugaan/ ujian yang Allah aturkan untuk kita tak pernah sama dengan siapa pun.


Setiap kali diri kita dihimpit dengan pelbagai dugaan, ada masanya kita akan jatuh.  Ya, farah akui, sampai tahap farah dah tak kuat untuk lalui farah akan menangis.  Hihihi.  Tapi bila farah dah rasa penat nak menangis terfikir pula, " eh farah, dugaan hang baru macam ni.  orang lain Allah bagi dugaan/ ujian lagi berat dari hang.  depa kuat ja nak lalui".  Itulah ayat yang farah sering kali pesan pada diri farah untuk terus kuat.  Macam lawak ja tapi itulah hakikatnya.  Alhamdulillah, farah dah tak menangis sangat untuk tahun nie.  Mungkin ada yang selalu memberi kata-kata semangat untuk farah. Terima kasih.

Wahai sekeping hati, tabahlah untuk menerima segala dugaan/ ujian yang Allah S.W.T berikan.  Percayalah, setiap dugaan/ ujian yang Allah berikan mengikut kemampuan kita untuk lalui.  Mungkin masa yang tepat belum tiba.  Tapi bersabarlah.  Tersenyumlah meskipun pelbagai dugaan/ ujian yang mendatang.  Berdoalah pada Allah.  Jangan mintak dugaan kita berakhir dengan cepat tapi mintaklah sekeping hati yang kuat untuk kita melalui dugaan tersebut.


p/s : Alhamdulillah. Ya Allah, terima kasih kirimkan aku rasa bahagia.  :)

Ahad, 15 Disember 2013

Hanya Secebis Coretan

Assalamualaikum.


Perubahan.  Bila kita sebut perkataan "perubahan" tu bunyi macam senang ja.  Tak perlu nak praktis banyak kali nak sebut perkataan itu.  Tapi untuk kita lalui sesuatu perubahan, tak kisahlah perubahan apa sekali pun.  Perubahan dalam diri mahupun perubahan dalam kehidupan.  Mampukah kita untuk lakukan sesuatu perubahan?

Pernah tak kita rasa dalam diri kita ingin berubah?  Berubah ke arah yang lebih baik.  Maksud farah, kita rasa ingin perbaiki diri kita.  Kalau pernah, alhamdulillah.  Bersyukurlah sebab tak semua orang akan rasa.  Itu bermakna Allah sayangkan kita.  Allah jentik hati kita untuk sedar.  Sedar apa yang kita lakukan sebelum ni ada salah dan betul.  Allah nak kita perbaiki semula diri kita.  Allah nak kita dekat dengan-NYA.  Percayalah.

Begitu juga untuk berubah.  Farah tahu, untuk berubah itu bukan sesuatu yang mudah.  Farah dah lalui dan sampai sekarang farah masih lagi mencuba memperbaiki diri.  " Kalau kita berani meninggalkan masa lalu kita.  Maka kita perlu berani untuk menempuh masa hadapan kita".  Ayat ni farah selalu bisik pada hati farah, pesan pada hati farah ketika farah hampir jatuh.  Ketika farah mula rasa sedih.  Bukan setakat itu saja, farah akan tulis ayat ni dalam satu kertas kecil dan lekat di tempat yang farah selalu tengok.  Kalau hari-hari kita baca, InsyaAllah kita mampu.  Yakinlah, Allah sentiasa bantu kita.

Dan ketika itu jugalah, kita perlu tinggalkan semuanya.  Mungkin kita rasa sesuatu itu adalah yang terbaik untuk kita.  Tetapi Allah pisahkan juga.  Sebab apa?  Sebab Allah sayangkan kita.  Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.  Farah dah pernah lalui.  Farah akui begitu susah untuk lakukannya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.  Mungkin pada awalnya kita tidak nampak apa hikmahnya disebalik semua dugaan yang kita lalui. Tapi percayalah suatu hari nanti kita akan duduk lantas terfikir dan tersenyum.  Cepat atau lambat saja.  Tersenyumlah wahai hati.

Pernah dengar ayat ni kan?  " Kenapa Allah mengambil sesuatu apa yang ada dalam genggamanmu?  Kerana DIA sebenarnya membuka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik".  " Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu.  Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut.  Tetapi kerana Allah tahu kita berhak lebih baik daripada itu".  Ketika itu jangan terlalu menangis, takut nanti kita susah untuk terima dengan ikhlas dan redha atas takdir yang Allah aturkan yang terbaik untuk kita. Berdoalah.  Dan bersabarlah.



" Kalau benda baik kenapa nak tangguhkan?  Percepatkan.  InsyaAllah, Allah bantu.  Jangan takut.  Allah sentiasa ada".  Ayat nie farah selalu peringatkan pada diri sendiri.  Sampai sekarang.  Terlalu banyak ayat kata-kata semangat yang farah pesan untuk diri sendiri.  Untuk berikan semangat pada diri sendiri juga.  :)

Perubahan.  Tak semua orang suka akan perubahan kita.  Buat baik dikatakan tunjuk baik.  Bila buat jahat, lagi dikatakan jahat.  Mulut manusia kita tak boleh tutup.  Kalau kita tutup masih lagi berbunyi.  Benda yang baik kita ambil sebagai peringatan.  Benda yang tak elok kita abaikan.  Farah akui kadang-kadang ayat orang sekelilingi kita boleh buat kita terasa.  Boleh buat kita sedih.  Boleh buat kita jatuh.  Kadang-kadang kita boleh ambik masa yang lama juga untuk pujuk hati kita, biasalah hati manusia.  Farah pesan pada hati farah, " Tak apa.  Biarlah mereka nak kata apa pun.  Kita tak tahu nawaitu mereka.  Kenapa mereka kata macam tu.  Dan mereka juga tak tahu nawaitu kita.  Jadi bersangka baiklah dengan semuanya.  Yang penting Allah S.W.T  tahu nawaitu kita".

Dan paling penting, nak berubah bukan boleh lakukan seorang diri.  Jadikan keluarga itu semangat kita.  Dan sahabat.  Sahabat yang sentiasa ada dengan kita tak kira susah atau senang, sahabat yang tahu kita bagaimana, sahabat yang betul-betul kenal kita.  Bukan mudah untuk mencari sahabat.  Alhamdulillah, Allah masih lagi berikan farah sahabat seperti itu.  Buat sahabat farah, terima kasih sebab sentiasa ada untuk farah.  Tak kira farah sedang ketawa mahupun menangis.  Sahabat yang sentiasa ada bila farah perlukan nasihat dan kata-kata semangat.  Sahabat yang selalu menyokong farah.  Semoga Allah memberikan kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat buat sahabat farah.  Amin.  Doakan farah juga sahabat.




P/S :  Andai coretan farah yang di atas ni ada buat hati sesiapa yang terasa, maafkan farah.  Tak dak niat untuk farah menyinggung perasaan sesiapa.  Farah hanya ingin kongsikan apa yang farah lalui.  Dan apa yang farah rasa.  Assalamualaikum.