! KISAH SEORANG JEJAKA !


Assalamualaikum.


Siapa jodoh kita?  Masih belum berpunya lagi?  Bersabarlah wahai wanita  :)  Jangan risau jika soal jodoh.  Jodoh kita semua sudah tertulis di LUTH MAHFUZ.  Begitu juga dengan ajal, maut dan rezeki.  Ada orang jodohnya cepat kerana jambatannya singkat.  Ada orang jodohnya lambat kerana jambatannya panjang.  Setiap manusia Allah S.W.T sudah tentukan jodoh masing-masing ketika berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu.  Maka berdoalah.  Berusaha mencari jodoh kamu.  Dan bersabarlah.


Untuk kaum adam, sekiranya anda telah menyentuh hati seseorang kaum hawa.  Jagalah sebaik-baiknya.  Hati kaum hawa terlalu lembut.  Terlalu mempunyai seribu satu rasa yang tersimpan.  Jagalah ia sebaik-baiknya, bimbinglah ia, berikan ia semangat.  InsyaAllah.  Tetapi ada satu hal yang lebih penting.  Jika seseorang adam ingin berkawan dengan seorang hawa.  Lebih baik pergilah berjumpa dengan keluarga si hawa.  Mintak keizinan untuk berkawan.  Dan beritahu keluarga sendiri siapa yang kamu ingin berkawan.


Hati kaum hawa bukan untuk dimainkan.  Habis madu sepah dibuang.  Tidak sama sekali !  Berlakulah jujur dalam sebuah perhubungan.  Kejujuran perkara yang paling penting dalam sebuah perhubungan mahupun sebuah persahabatan  :)  Dengan kejujuran terpelihara, InsyaAllah semuanya akan baik sahaja.  Yakin lah.


" Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.  Yakinlah pada janji-Nya. "  Jika masa lalu penuh dengan dosa.  Berubahlah.  Berusaha menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini.  Berdoalah,  InsyaAllah,  Allah itu Maha Pengampun.  :)  Tiada seorang manusia yang sempurna.  Terimalah seseorang yang hadir dalam hidup kita dengan ikhlas.  Dan berusaha menjadi yang terbaik untuk seseorang yang kita sayang.

"  TIADA INSAN YANG SUCI TANPA DOSA MASA LALU.
TIADA INSAN YANG BERDOSA GELAP MASA DEPANNYA "


Kadang kala dalam kehidupan kita perlu lepaskan seseorang yang kita sayang.  Masa itu tiada sesiapa yang memahami, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.  Jangan pernah persoalkan semua ini.  Semua ini takdir yang Allah S.W.T aturkan.  Mungkin hari ini kita sedih, mana tahu keesokan hari kita akan mendapat warna sang pelangi.  Alhamdulillah syukur.  :)  Lepaskan semuanya dengan perlahan,  redha hadapi semuanya.  Berdoalah.  Allah S.W.T lebih mengetahui.

BERDOA LAH :)


" Boleh jadi kamu membeci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu..
Boleh jadi pula kamu menyukainya
padahal ia amat buruk bagimu. "

- Surah Al- Baqarah : 216 -






Tiada ulasan: