Ahad, 15 Disember 2013

Hanya Secebis Coretan

Assalamualaikum.


Perubahan.  Bila kita sebut perkataan "perubahan" tu bunyi macam senang ja.  Tak perlu nak praktis banyak kali nak sebut perkataan itu.  Tapi untuk kita lalui sesuatu perubahan, tak kisahlah perubahan apa sekali pun.  Perubahan dalam diri mahupun perubahan dalam kehidupan.  Mampukah kita untuk lakukan sesuatu perubahan?

Pernah tak kita rasa dalam diri kita ingin berubah?  Berubah ke arah yang lebih baik.  Maksud farah, kita rasa ingin perbaiki diri kita.  Kalau pernah, alhamdulillah.  Bersyukurlah sebab tak semua orang akan rasa.  Itu bermakna Allah sayangkan kita.  Allah jentik hati kita untuk sedar.  Sedar apa yang kita lakukan sebelum ni ada salah dan betul.  Allah nak kita perbaiki semula diri kita.  Allah nak kita dekat dengan-NYA.  Percayalah.

Begitu juga untuk berubah.  Farah tahu, untuk berubah itu bukan sesuatu yang mudah.  Farah dah lalui dan sampai sekarang farah masih lagi mencuba memperbaiki diri.  " Kalau kita berani meninggalkan masa lalu kita.  Maka kita perlu berani untuk menempuh masa hadapan kita".  Ayat ni farah selalu bisik pada hati farah, pesan pada hati farah ketika farah hampir jatuh.  Ketika farah mula rasa sedih.  Bukan setakat itu saja, farah akan tulis ayat ni dalam satu kertas kecil dan lekat di tempat yang farah selalu tengok.  Kalau hari-hari kita baca, InsyaAllah kita mampu.  Yakinlah, Allah sentiasa bantu kita.

Dan ketika itu jugalah, kita perlu tinggalkan semuanya.  Mungkin kita rasa sesuatu itu adalah yang terbaik untuk kita.  Tetapi Allah pisahkan juga.  Sebab apa?  Sebab Allah sayangkan kita.  Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.  Farah dah pernah lalui.  Farah akui begitu susah untuk lakukannya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.  Mungkin pada awalnya kita tidak nampak apa hikmahnya disebalik semua dugaan yang kita lalui. Tapi percayalah suatu hari nanti kita akan duduk lantas terfikir dan tersenyum.  Cepat atau lambat saja.  Tersenyumlah wahai hati.

Pernah dengar ayat ni kan?  " Kenapa Allah mengambil sesuatu apa yang ada dalam genggamanmu?  Kerana DIA sebenarnya membuka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik".  " Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu.  Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut.  Tetapi kerana Allah tahu kita berhak lebih baik daripada itu".  Ketika itu jangan terlalu menangis, takut nanti kita susah untuk terima dengan ikhlas dan redha atas takdir yang Allah aturkan yang terbaik untuk kita. Berdoalah.  Dan bersabarlah.



" Kalau benda baik kenapa nak tangguhkan?  Percepatkan.  InsyaAllah, Allah bantu.  Jangan takut.  Allah sentiasa ada".  Ayat nie farah selalu peringatkan pada diri sendiri.  Sampai sekarang.  Terlalu banyak ayat kata-kata semangat yang farah pesan untuk diri sendiri.  Untuk berikan semangat pada diri sendiri juga.  :)

Perubahan.  Tak semua orang suka akan perubahan kita.  Buat baik dikatakan tunjuk baik.  Bila buat jahat, lagi dikatakan jahat.  Mulut manusia kita tak boleh tutup.  Kalau kita tutup masih lagi berbunyi.  Benda yang baik kita ambil sebagai peringatan.  Benda yang tak elok kita abaikan.  Farah akui kadang-kadang ayat orang sekelilingi kita boleh buat kita terasa.  Boleh buat kita sedih.  Boleh buat kita jatuh.  Kadang-kadang kita boleh ambik masa yang lama juga untuk pujuk hati kita, biasalah hati manusia.  Farah pesan pada hati farah, " Tak apa.  Biarlah mereka nak kata apa pun.  Kita tak tahu nawaitu mereka.  Kenapa mereka kata macam tu.  Dan mereka juga tak tahu nawaitu kita.  Jadi bersangka baiklah dengan semuanya.  Yang penting Allah S.W.T  tahu nawaitu kita".

Dan paling penting, nak berubah bukan boleh lakukan seorang diri.  Jadikan keluarga itu semangat kita.  Dan sahabat.  Sahabat yang sentiasa ada dengan kita tak kira susah atau senang, sahabat yang tahu kita bagaimana, sahabat yang betul-betul kenal kita.  Bukan mudah untuk mencari sahabat.  Alhamdulillah, Allah masih lagi berikan farah sahabat seperti itu.  Buat sahabat farah, terima kasih sebab sentiasa ada untuk farah.  Tak kira farah sedang ketawa mahupun menangis.  Sahabat yang sentiasa ada bila farah perlukan nasihat dan kata-kata semangat.  Sahabat yang selalu menyokong farah.  Semoga Allah memberikan kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat buat sahabat farah.  Amin.  Doakan farah juga sahabat.




P/S :  Andai coretan farah yang di atas ni ada buat hati sesiapa yang terasa, maafkan farah.  Tak dak niat untuk farah menyinggung perasaan sesiapa.  Farah hanya ingin kongsikan apa yang farah lalui.  Dan apa yang farah rasa.  Assalamualaikum.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.......