Selasa, 19 November 2013

: Bersama Cinta Hati Farah :

Assalamualaikum.

Heee cerita dah lama tapi baru nak update.  Baru nie 13 - 16/11/2013  farah pergi langkawi dengan family.  Tapi ayah ja x da sebab ayah x dapat cuti.  Sebenarnya kalau diikutkan semua boleh pergi tapi masalahnya time yang plan tu ada PRU.  Aisshhh  geram pon ada.  Semua cuti polis dibekukan jadi tak boleh la pergi time tu.  So pergi kali nie ayah x dapat cuti.  Farah tahu tempat ayah teringin p pulau langkawi la.  Tak pa nanty farah dah keja farah bawa datang sini pula.  Hihihi.  Kalau diikutkan farah jatuh hati lagi dengan Cameron Highland.  :)   Kat langkawi nie farah dok dekat Condo Sri Idaman dekat dengan Taman Langkawi.  Besar, cantik dan semua kemudahan lengkap.  Tengah-tengah condo tu ada swimming pool, jadi boleh la gi berenang.  Hihi. 



Hari pertama pergi dataran helang ja sebab masing-masing kepenatan.  Farah tak penat tapi orang lain la penat.  Hihihi.



Hari kedua pergi Cable Car, Telaga Tujuh, Idaman Suri dan Kompleks Haji Ismail Group.  Masa nak beli tiket dekat cable car, Ya Allah panjangnya barisan.  Sabar je la.  Farah tengok memang banyak berubah kat kawasan tu.  Sekarang macam-macam ada dah.  Telaga tujuh pula kita kena naik tangga sebanyak 271 anak tangga.  Nak dijadikan cerita,  farah dah naik sampai anak tangga ke 200 dengan pakai skirt bagai alih-alih farah rasa sakit perut.  Dah la toilet 100 anak tangga ke bawah.  Terus farah lari turun balik.  Sampai ja kat toilet tu terus farah muntah.  Ha itu la, dah taw x berapa nak sihat gagah juga farah nak naik.  Mujur farah tak pengsan tergolek.  Kikiki.  Dekat Idaman suri pula ada pinggan, mangkuk, periuk dan segala bagai la.  Paling murah di sini la.  Farah memang jatuh hati gila dengan satu set tu.  Sampai sekarang masih dok ingat.  Farah suruh mak beli set tu.  Mak cakap " set tu nanty hang dah kawen ha boleh la beli untuk rumah sendiri pula".  Ngerrrkkk bila tahun entah la nak kawen.  Hahaha.  Tapi bila dah balik sini mak cakap " menyesal pula x ambik set yang farah tunjuk tu".  Ha.  Kan dah cakap.  Tak pe nanti farah gi beli.  Hihihi.


Hari ke 3, pergi ke Under Water World, Pantai Cenang, Makam Mahsuri dan Haji Ismail Group lagi.  Under water world rasanya dah tahu kot ada apa.  Tapi bagi farah kat KL lagi terbaik kot.  Itu pandangan farah la.  Before pergi pantai cenang, singgah di pantai masa sem 2 farah pergi.  Tetiba teringat kenangan dengan kawan-kawan dok buat poco-poco dulu  :') .  Makam mahsuri nie farah memang teringin pergi sebab farah nak tengok makan dya.  Alhamdulillah akhirnya dapat juga farah tengok.  Dalam banyak-banyak kawasan dekat makam mahsuri, farah jatuh hati dekat buaian tu.  Suasana dia cantik.  Hehehe.  Oke dekat Haji Ismail Group, kalau siapa yang pergi langkawi kalau x tahu dengan nama nie memang pelik la farah rasa.  Sebab nama kedai nie memang sikit punya popular jual coklat dengan harga murah berbanding yang lain.  Farah dengan mak beli coklat saja hampir rm300.  Hihi ye la nanti bahagi sana sikit.  Sini sikit.  :)



6 ulasan:

Unknown berkata...

comel kak farahin!! =)

Ayu berkata...

lawa la farah...^_^ sweet sokmo..

Tanpa Nama berkata...

taknak cakap banyak. just nak tanya je. mana nak beli tudung labuh n cantik mcm farah pakai tu?

reply tauuuu!!

p/s: cantik!

nur farahin binti sulaiman berkata...

husna zahidi : alhamdulillah. terima kasih husna. ciptaan Allah S.W.T semua cantik dik :)

nur farahin binti sulaiman berkata...

Ayu : alhamdulillah. terima kasih ayu. tp ayu lagi berseri-seri membilang hari >_<

nur farahin binti sulaiman berkata...

Cik Gee : farah dok cari fb cik gee yg mna satu. blog cik gee dah bertukar jadi frh x reti nak godek2. hihi. tudung bawal ke cik gee? frh beli on9.

(link : https://www.facebook.com/bawal.plainmurah?fref=ts )