Rabu, 9 Mac 2016

: KISAH KITA :

Assalamualaikum.

Sejak farah mula bekerja, dah terlalu lama farah tinggalkan blog. Sumpah sedih. Tapi sebab farah takdak masa. Berbalik pada tujuan asal farah ingin kongsikan. Pertama sekali, farah minta maaf untuk semua yang mengenali diri farah sebab farah rahsiakan pertunangan farah selama nie. Dalam nie, farah akan kongsikan kisah farah. Ye la, ramai yang tertanya diam-diam ja farah, alih jemput mai kenduri. Hihihi.

Awal tahun 2013 farah jatuh. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana farah rasa sehinggalah farah mengenali si dia. Ya, si dia memanglah jiran farah, satu blok sejak farah berusia 18 tahun tapi farah tak pernah tahu kewujudan si dia. Sehinggalah disaat farah jatuh, masa tu umur farah 22 tahun, si dia muncul. Katanya dah lama si dia ingin menegur farah cuma mungkin belum masanya. Farah mengenali si dia (NURFARHAN BIN ABD AZIZ) dalam muka buku (FB) sejak awal bulan march 2013. Pada mulanya, si dia add farah di FB. Farah tanya mak farah masa tu "mak, nie FB orang atas ka?". Mak farah cakap "betol la, FB paan tu". Sejak dari situ farah dan si dia mula berkawan.

Si dia banyak mendengar kisah lalu farah, selalu bagi semangat masa tu. Maklum la time tu farah "frust menonggeng". Hahahaha. Masa si dia menegur farah dalam inbox FB pertama kali, pada mulanya si dia memberi salam dan terus tanya "sudikah awak jadi isteri saya dua tahun lagi?", Time tu farah "krikkk. krikkk. betoi ka mamat ni". So farah abaikan dan berkawan macam biasa. Ya la, farah masa tu mengasuh anak menakan farah dan farah hanya pakai baju tshirt tiga jenis kaler tu saja. Pelik macam mana boleh suka farah selekeh comot masa tu. Hihihi. Masa tue si dia ada minta no. telefon farah. Farah cakap boleh dengan syarat setiap kali kita selisih di tangga blok farah akan bagi satu no. telefon sehingga cukup. Hihihi kejam tak farah.

Berkawan dan terus berkawan. Farah dengan si dia tak wujudkan yang kami bercinta pon. Rasanya tak sempat nak bercinta. Ada jodoh tak ke mana, itu ja farah pegang. Farah dan malas untuk bercinta. Malas untuk rasa erti kekecewaan. Ewaahhhhh. Tahun 2013, farah mengambil keputusan untuk hijrah. Hijrah daripada farah yang dahulu sehingga farah sekarang. Keluarga dan si dia nie yang bagi farah semangat untuk berubah. Berubah itu bukan mudah, tapi kemanisan penghujungnya kita akan rasa. Alhamdulillah. Farah rasa dan farah lalui.

Awal tahun 2014, farah masuk latihan kepolisan di Kuala Lumpur selama 6 bulan. Masa farah daftar masuk si dia ada di Mekah menjalankan ibadah umrah. Masa sebelum farah masuk latihan tue,si dia selalu tanya farah " agak-agak nanti farah dah keluar masih tunggu paan tak? farah berubah tak". Masa tue, farah hanya gelak. Tetiba tanya soalan macam tue. Akhirnya bermulalah latihan farah selama 6 bulan. Ya selama itulah si dia tetap setia tunggu farah. Terima kasih. Pejam celik, akhirnya farah dah tamat latihan tue. Yahooooooooo. Dah tak kena lari. Dah tak kena kawad. Dah tak kena berjemur. Hihihi.

Berkawan dan berkawan, akhirnya pada 28 November 2014 farah telah dirisik oleh keluarga si dia. Nak kata bercinta tak la pula. Jujur, farah senang berkawan dengan si dia. Bila farah tengok keluarga farah tiada yang menghalang dan semuanya berjalan dengan lancar farah terima. Pada 3 Januari 2015, farah dan si dia bertunang. Masa tue tetap farah tak punyai apa rasa. Kejamnya hati farah ketika itu. Tapi farah terus terang dekat si dia. Alhamdulillah, si dia terima.

Sepanjang pertunangan, bulan Febuari 2015 si dia pula menjalani latihan kepolisan kali kedua dalam hidupnya. Selama itulah tak berhubung seperti mana farah masuk latihan yang dulu. Susah masa nie nak terima diri dah jadi tunang orang. Tak taw la apa yang dok rasuk farah nie. Hahaha. Cincin merisik dan cincin bertunang tersimpan rapi saja farah tengok. Farah tak rasa nak pakai sehinggalah dalam bulan puasa 2015, masa tu farah tengah kerja, semangat farah hilang ke mana, lepas solat maghrib tetiba farah tiak/menangis (sikit ja. hihihi). Rindu nak dengar bebelan si dia yang sering kali merepek tiap kali farah jatuh, tiap kali farah menangis. Allahu, doa farah Allah perkenankan. Selepas farah selesai solat maghrib, ada satu no. telefon masuk dan farah angkat. Ya Allah, masa tu hanya Allah sahaja yang tahu. Menangis. Masa tu si dia tanya "farah tiak ka? lain ja suara". Si dia nie speasis yang tahu farah tiak atau tak. Hihihi.

Sejak bulan puasa 2015, farah mula belajar untuk terima dan mula memakai cincin yang diberi. Alhamdulillah sehingga sekarang farah masih memakai dan masih belajar. Maaf, sebab farah pernah kecewa dan farah terlalu takut untuk rasainya lagi. Buat si dia, terima kasih sebab sabar dan terlalu sabar dengan farah. Selepas si dia tamat latihan dalam bulan Ogos 2015, masa hari raya keluarga si dia datang membincangkan tarikh perkawinan dan pihak farah setuju. Dah nak kawen ka farah????? (macam tak percaya)

Selepas itu....... Hihihi tunggu kisah selanjutnya nanti. Hihihi. Perkenalan farah dan si dia bukanlah ada memori yang terlalu manis. Hanya dimulakan sebagai seorang kawan. Kawan dan terus berkawan. Bergaduh, berselisihan faham tetap ada. Hihihi. Cuma letak pada jodoh. Kalau ada, pasti tak ke mana. Untuk si dia " terima kasih paan sebab terlalu sabar dengan sikap farah dan masih setia untuk menunggu dan terima farah walaupun banyak perangai farah dok buat. hihihi. terima kasih juga terima farah seadaanya.".

 Masih sembunyi dan terus sembunyi. 

 Si adik yang setia meneman kakaknya bergambar.
Sedih pon ada juga sebab bakal menukar status selepas nie.
Doakan untuk farah. Terima kasih. :)
#FARHANFARAHIN

Jumaat, 1 Ogos 2014

: Kenangan Pulapol :

Assalamualaikum.

Cerita dah lama tapi ia tetap menjadi sebuah kenangan yang terindah buat diri farah.  Disinilah bermula segalanya.  Alhamdulillah, terlalu indah aturanMu Ya Allah.  6 bulan berada di Pulapol Kuala Lumpur ada pelbagai kisah.  Kompeni E, platun 41 diketuai oleh Sarjan Zul Aziz.  Masa mula-mula kenal dengan encik nie, garang gila.  Setiap kali ada latihan kawad, farah nak bergerak sikit pon tak berani.  Terpacak berdiri even tak larat.  Pernah kena denda satu platun lari padang kawad dari pagi sampai petang, hanya rehat time makan dan solat.  Masa tu farah hampir nak tiak tapi pesan pada diri " tak pa farahin, Allah ada. ini untuk mak dan ayah ".  Ayat nie saja yang farah selalu pesan pada diri farah.  Alhamdulillah berjaya juga tamatkan latihan nie.

Sebahagian tamat pembarisan 28/06/2014

Bersama ayah dan emak tersayang.  Tak pernah farah berjauh dengan family sampai tak jumpa hampir 
6 bulan.  Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana hati ini simpan rasa rindu.

Bersama kakak dan adik.  Aiisshh adik pon dah tinggi daripada kakak dia.
Nampak sangat farah nie pendek.  Hihihi.

Ni anak menakan farah yang farah ngasuh dulu.  Farah boleh demam kalau ingat syahmi masa training dulu.
Farah pakai baju uniform syahmi tak mau kat farah.  Syahmi tak kenal mak lang dia.  :'(
Alhamdulillah, time farah balik berbaju kurung seperti biasa syahmi kenal mak lang dia.  :)

Ni platun farah bersama en. Zul Aziz.  Terima kasih encik. 

Bersama sahabat farah yang senget.  Hehehe.
Tengah nama dia ziha (sarawak). Muhirra (kelantan).

Ini pon sahabat senget farah juga. Hehehe.
Kak Jun (sabah).  

Kami berlima tetap sahabat.  InsyaAllah.  :)

Diapit oleh ayah dan abah.  Abah tue panggilan untuk en. Fauzi oleh platun farah.
Encik nie baik sangat-sangat.  Tak pernah bagi kami denda. Tak pernah marah kami.

Jurulatih platun 42.  Kalau JL farah tak ada, kadang-kadang en. Hussien yang ganti.

Ni en. zamzuri.  JL kepada seorang pakcik yang pernah training dekat pulapol sini juga.

Nie pula jurulatih kompeni juga.  En. Harith.  Sama umur dengan farah n muhirra.
Pernah satu platun kena denda dengan en. harith.  Bangun pagi sakit satu badan. :)

Ini Jurulatih kompeni farah.  Umur muda lagi daripada kami bertiga.
Orang kulim.  Kenal tak?  Mesti kenal punya.

Bersama SM kompeni.  :)

Garang Jurulatih kerana mahu mendidik kami semua.  Segala jasa dan pengorbanan tak terbalas oleh kami semua.  Semoga Allah membalas segala jasa kebaikan jurulatih yang farah kenal di pulapol.  Amin. 

Isnin, 21 Julai 2014

: Iftar Bersama Mereka :

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.  Tak sangka plan mengejut akhirnya dapat berkumpul dan berjumpa.  Farah tengok semua dah berubah.  Ya Allah, terlalu cepat masa berlalu.  Dulu study sama-sama.  Buat assignment copy paste sana sini.  Tapi sekarang masing-masing dah bekerja.  Masing-masing ada tanggungjawab sendiri. SubahanaAllah, aturan Allah begitu cantik.  Pada asalnya, plan nak berbuka puasa di area Kulim.  Tapi si azri cakap " weh jom p puncak mutiara".  Tetiba farah jawab, "weh mana aku berani nak drive pi sana, dah jalan sempit, pahtu x taw jalan kot".  Tapi akhirnya farah follow juga plan si azri tu.  Mintak izin mak ayah dulu.  Mak ayah pon terkejut anak dara dia nie berani ke drive pi sana.  Hihihi.  Alhamdulillah semuanya selamat.  Terima kasih kepada semua.  Terima kasih kepada azri yang belanja kami semua.  InsyaAllah, jika Allah izinkan kita berjumpa lagi, pasti kita dapat berjumpa lagi di hari dan waktu yang lain.

Sentiasa tersenyum dan tersenyum.  :)

Antara makanan berbuka puasa.  Alhamdulillah kenyang.

Bersama si cantik.  Masz, farah tengok masz semakin cantik.  :)

 Nie si kecik nadia.  Makin berseri-seri bakal pengantin sahabat farah nie.  :)

 Nie azri.  Walaupun dia hingaq tapi tetap slamber dan baik.  Sahabat yang baik.  :) 

 Adik farah.  Namanya naim selaku P.A farah.  Hihihi.

Nie si comel aina.  Terima kasih tolong snap gambar ye dik.  :)

Semoga berjumpa lagi ye sahabat.  >____<
Sayang kalian.

Khamis, 16 Januari 2014

Terima Kasih Ya Allah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  " Ya Allah, maafkan aku andai aku tidak bersyukur dengan segala perancanganMU ini ".  Ya Allah, terima kasih kerana Engkau makbulkan doaku ini. :'( Satu hari tu, farah duduk dan berfikir.  Ya Allah, terlalu banyak yang farah lalui dan farah dapat tanpa farah sedar.  Farah masih ingat lagi waktu farah sem4, hati farah terlalu teringin menjaga baby yang baru lahir.  Tak kisah sama ada baby ataupun budak-budak kecik.  Jujur hati ini ingin tahu bagaimana mengasuh seorang budak.  Alhamdulillah, habis farah study poli, kakak farah dan abang ipar berikan kepercayaan untuk menjaga anak menakan farah yang pertama.  Heeee satu pengalaman yang farah tak akan lupa.

Waktu farah darjah 6 seingat farah, ayah farah pernah tanya farah.  " Adik bila besar nanti nak jadi apa? ".  Sampai sekarang farah masih ingat jawapan yang farah berikan kepada ayah.  " Nanti bila orang dah besar orang nak jadi polis macam ayah, tak pun nak mengasuh budak-budak".  Ya Allah, satu persatu farah lalui dan bakal lalui. Mengasuh?  Ya.  Farah dah lalui dan farah rasa ingin menjadi seorang emak bukannya mudah.  Perlukan kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah anak-anak.  Setiap peringkat berbeza perangai mereka.  Tapi itulah pengalaman yang farah rasa.  :)

Alhamdulillah, 28/05/2013 farah dapat temuduga polis.  Status di atas yang pernah farah post di FB bukannya farah nak bertunang.  Heeeee lambat lagi.  Fokus untuk mendapatkan kerja dulu.  Temuduga fizikal 04/06/2013, memang tak sempat nak bersedia.  Terus tanya kak aini dengan pak cik nie apa yang ada dalam temuduga fizikal. Lari, kawad, sit up, pumping, beri arahan kawad dan banyak lagi.  Nak dijadikan cerita lepas saja habis temuduga fizikal nie dalam 3 jam kemudian tetiba farah rasa tengkuk farah tak leh nak gerak.  Terus pergi klinik, mungkin terkejut kena kuatkan suara memberi arahan kawad tadi kot sampai urat tengkuk terkejut.  Hihihi.

Sekarang jawatan polis kena mohon dalam SPA, sebab SPA turut ambik alih juga.  So akan memakan masa berbulan-bulan.  Kalau bawah polis dulu, lepas temuduga fizikal dan siapa yang lepas, hari yang sama juga terus buat temuduga lisan.  Tapi kali nie tak.  Jenuh dok tunggu dapat ke tak.  Farah rasa dekat 6 tapisan juga kot nak sampai ke tawaran pelantikan.  6 tapisan tu maksud farah 6 kali panggilan dan kita kena pergi. Maknanya memang akan dapat banyak surat untuk menunggu jawapan.  Dalam fail farah penuh dengan surat-surat semua nie.  Bayangkan daripada bulan jun sampailah bulan disember.

Surat pertama farah dapat.  Temuduga fizikal.

Dah lepas temuduga fizikal, farah kena pergi temuduga lisan 15/09/2013.  Cuba tengok banyak tak nota-nota yang farah baca?  Tetiba semangat menghafal sebab takut tak lulus nanti.  Terima kasih pak cik dan kak aiza sebab bagi nota tambahan untuk farah.  Temuduga nie akan ada 4 panel, so lantang dan kuatkan suara anda bila bercakap. Bila ingat balik farah nak tergelak pon ada apa yang farah lalui.  Soalan tak dijangkakan ye.

Kalau dah lepas temuduga nie tunggulah pula untuk panggilan ketiga, keempat dan kelima.  Alhamdulillah, farah lulus semua dan 26/12/2013 farah pergi ambik tawaran pelantikan.  Orang pertama yang teriak bila tahu farah kena masuk Pulapol Kuala Lumpur (tempat ayah farah dulu masuk latihan) ialah mak farah.  Mak cakap, " lepas nie hilang la pula sat anak dara mak.  tak da dah orang nak kacau mak makan nasi. tak da dah orang nak teman mak p pasar malam. semua dah pakat nak kerja. abg dok sarawak. najib dok ipoh. mujur la kak dok dekat dan naim tak masuk asrama tidak sunyi rumah, dok bergaduh dengan cucu ja".  Ok.  Tetiba terus rasa sedih. " Ala mak 6 bulan ja. sat ja. tu maknanya anak-anak mak sudah besar. dah boleh berdikari ".

Waktu farah dapat surat temuduga tu, farah buntu.  Hati memang nak tapi ada sesuatu yang farah fikir.  Farah terus msg ustazah, sahabat-sahabat dan orang terdekat dengan farah untuk mintak pandangan.  Alhamdulillah semua pandangan sama saja. Oh ya, farah nak bagitahu.  Page Pakar Diari Hati pon boleh tanya.  Try la tanya, siyes farah cakap encik pdh tak sombong.  Farah selalu ikuti setiap apa yang di postkan. Setiap post encik pdh banyak memberikan nasihat dan kata-kata semangat.  :)
Terima kasih buat ayah dan mak yang bersusah payah antar farah pergi temuduga berapa kali untuk sampai ke tahap terakhir. Terima kasih untuk keluarga farah yang selalu ada.  Buat sahabat farah yang sentiasa ada dengan farah, terima kasih atas nasihat dan kata-kata semangat daripada kalian.  Terima kasih juga dekat seorang pak cik ni yang selalu bagi kata nasihat.  Selalu pesan dekat farah, " jangan tiak ".  Heeee farah memang mudah tiak, sampaikan jiha pernah cakap kat farah " farah, boleh tak hang bagi air mata hang sikit kat aku. aku dah la susah nak tiak. tension aku".  Hihihi.

Tak cukup lagi ahli.  Nadia sorang lagi.  Lama dah x jumpa. InsyaAllah, raya tahun ni boleh jumpa la.
 
Pesanan terakhir daripada farah untuk yang mengenali farah, yang sentiasa ada dengan farah, yang kenal farah macam mana.  Andai suatu hari nanti farah berubah, tolong tegurkan farah.  Doakan farah untuk terus kuat dan terus istiqamah.  Ya Allah, terima kasih atas segala perancangan MU.  Andai ini yang terbaik untuk ku, aku terima. Ya Allah, aku mohon agar Engkau permudahkan segala urusan untuk ku dalam pekerjaan ini.  Didiklah hatiku untuk terus istiqamah dalam apa jua keadaan. Amin.



p/s:  Ramai yang anggap polis banyak makan rasuah.  Bagi pandangan farah, tak semua orang kerja polis makan rasuah. Orang kerja doktor pon ada, peguam, ahli perniagaan, guru, kastam dan banyak lagi.  Sebenarnya semua itu atas diri masing-masing. Kalau kita bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi jagalah amanah Allah.  Allah S.W.T yang memberi rezeki untuk kita.  Yakin dengan Allah.  Susah senang mana pon kita lalui, berdoa pada Allah.  Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Ahad, 12 Januari 2014

Terima Kasih Sayang


Assalamualaikum !

Heee terima kasih sayang-sayang sebab datang rumah farah.  Dapat msg daripada mereka nak datang rumah farah tapi terfikir juga " eh jadi ka? ".  Alhamdulillah mereka sampai dan pulang dengan selamat.  Tapi lawak pon ada juga, dua-dua pakat call farah " farah, nak masuk rumah farah nak cakap apa eh? ".  Haaaa dah lupa la tu pintu masuk rumah farah yang mana satu.  Hihihi.  Masz sampai dalam pukul 1 lebih.  Tapi si kak seorang lagi terlepas flight.  Hihihi.  Datang pukul 3 lebih.  Farah dengan masz dok usha-usha seri orang yang dah bertunang.  Ambik aura sikit tak boleh lebih-lebih.  Hihihi.  Aish.  Dah pandai bergaya dah dua orang sahabat farah nie.  Dulu masa study di poli masih comot lagi.  Hihihi.  Bergosip, bergelak, dah kenyang tetiba hujan turun lebat.  Terus tunggu sampai asar.  Dah solat asar farah ajak pergi tasik serdang sebab depa tak pernah p pon.  Sambil tu bawa si comel untuk bergambar.  Nanti akan nampak masjid serdang masih dalam pembinaan.  Oke farah tunjuk sikit saja gambar.  :)

Nadia Dan Masz

Siapakah?  Hihihi.  Semoga terus bahagia sayang.

Heeee untuk hadiah yang comel nie.  Terima kasih sayang.  Hadiah daripada nadia, mak farah cakap, " raya nanti hang x yah beli baju raya dah la ".  Oh tidakkk.  Ni nadia bagi tapi mak pon wajib bagi juga kat farah.  Hihihi.  Masz, " terima kasih sangat-sangat dan terlalu banyak barang dalam beg comel tu sampai kami terkejut tengok barang dalam kotak comel dalam beg tu.  Oke terharu. T_T.  InsyaAllah kami akan jaga baik-baik dan pakai selalu ".  Sekali lagi terima kasih sahabat sebab cari masa untuk datang jumpa farah.

p/s : nadia, semoga terus bahagia.  jangan lupa tunggu kami apa-apa pon.  tapi andai jodoh menjemput awal tak apa.  kami sentiasa doakan untuk nadia.  Masz, bahagialah dengan apa yang masz ada.  Hargai orang yang sayangkan kita.  Kami sokong masz taw yang tu.  Masz ingat umur masz 23 tahun nie.  Hihihi.  Nurul hani, terima kasih sebab pagi-pagi temankan pergi jogging.  Lepas jogging makan roti canai. " Macam mana nak kurus? Kikiki. "

Khamis, 26 Disember 2013

Manisnya Dugaan

Assalamualaikum.

Hati rasa rindu untuk berkayuh.  Berkayuh bersama sahabat yang lain pergi tuisyen.  Hati farah rindu nak makan keropok lekor dengan aiskrim masa darjah 6 dulu.  Ya Allah, rindunya kenangan sewaktu kanak-kanak.  Rindunya hati ini nak main bola baling/ bola jaring dengan sahabat sekolah rendah.  Lepas habis UPSR, farah masuk Sek.Men.Keb. Kulim dua minggu saja.  Kemudian, farah masuk Sek.Men.Keb. Sultan Badlishah.  Farah dok hostel masa farah berusia 13 tahun lagi.  Di asrama itulah terlalu banyak kenangan manis.  Di situlah farah banyak belajar banyak perkara.  Bagaimana nak berdikari.  Bagaimana untuk latihkan diri untuk disiplin dan banyak lagi.  Dan paling terindah bagaimana farah belajar erti persahabatan.  Rindunya nak sembang dengan adik-adik dorm.  Rindunya nak study, nak makan, nak mandi dan semuanya bersama sahabat-sahabat dulu. Rindu.  Masa itu rasa seronok saja.  Tapi kehidupan akan terus kehadapan. Yang berlalu, tetap berlalu.  Simpan dalam hati kemas-kemas sebagai kenangan terindah.


Dugaan.  Bila kita lalui sesuatu dugaan barulah dinamakan erti sebuah kehidupan.  Bila usia kita semakin meningkat, masa itulah kita akan melalui pelbagai dugaan.  Kadang kala dugaan itu membuatkan kita jatuh. Dugaan jugalah membuatkan kita terus bangun.  Dugaan itu juga mengajar kita erti kematangan diri sendiri. Namun, dugaan itu jugalah mengajar kita erti satu perubahan.  Ya.  Satu perubahan.  Didiklah hati kita untuk kuat melalui sesuatu dugaan yang Allah S.W.T berikan kepada kita.


Setiap orang dugaannya tak sama.  Tak akan pernah sama.  Apa yang farah lalui.  Apa yang farah tempuhi.  Apa yang farah rasa tak ada siapa yang tahu bagaimana rasanya.  Walaupun, kadang-kadang kita sering kali meluahkan sesuatu perkara apabila sukar dipendamkan.  Tapi pendengar yang mendengar setiap luahan hati kita tak akan rasa apa yang kita rasa.  Mungkin mereka akan rasa sedikit daripada apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar.  Namun, setiap kata-kata nasihat dan semangat orang yang selalu ada untuk kita, perlulah kita ambil dan terima sebagai semangat untuk kita.  Ya Allah, manis sungguh dugaan/ ujian yang Allah aturkan untuk kita tak pernah sama dengan siapa pun.


Setiap kali diri kita dihimpit dengan pelbagai dugaan, ada masanya kita akan jatuh.  Ya, farah akui, sampai tahap farah dah tak kuat untuk lalui farah akan menangis.  Hihihi.  Tapi bila farah dah rasa penat nak menangis terfikir pula, " eh farah, dugaan hang baru macam ni.  orang lain Allah bagi dugaan/ ujian lagi berat dari hang.  depa kuat ja nak lalui".  Itulah ayat yang farah sering kali pesan pada diri farah untuk terus kuat.  Macam lawak ja tapi itulah hakikatnya.  Alhamdulillah, farah dah tak menangis sangat untuk tahun nie.  Mungkin ada yang selalu memberi kata-kata semangat untuk farah. Terima kasih.

Wahai sekeping hati, tabahlah untuk menerima segala dugaan/ ujian yang Allah S.W.T berikan.  Percayalah, setiap dugaan/ ujian yang Allah berikan mengikut kemampuan kita untuk lalui.  Mungkin masa yang tepat belum tiba.  Tapi bersabarlah.  Tersenyumlah meskipun pelbagai dugaan/ ujian yang mendatang.  Berdoalah pada Allah.  Jangan mintak dugaan kita berakhir dengan cepat tapi mintaklah sekeping hati yang kuat untuk kita melalui dugaan tersebut.


p/s : Alhamdulillah. Ya Allah, terima kasih kirimkan aku rasa bahagia.  :)